Showing posts with label Cili Fetigasi. Show all posts
Showing posts with label Cili Fetigasi. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Projek Di Tangguhkan

Baru-baru ini di Pemanis telah mengalami banjir dan cuaca yang tidak menentu.Jadi bagi mengelakan masalah terhadap penanaman Cili Fertigasi,saya telah menangguhkan projek tersebut.Saya akan meneruskan projek tersebut setelah keadaan mengizinkan.Kepada rakan-rakan fertigasi yang lain teruskan dan jangan patah semangat dengan ujian yang datang.

Thursday, January 20, 2011

Penyediaan Baja EM Cili Fertigasi

Pada kali ini saya ingin berkongsi berkaitan penyediaan baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms).Baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms) merupakan sebatian hasil dari penapaian dari mikrob berguna.Baja telah di asaskan oleh Dr Teruo Higa, Ryukyu Univ., Jepun pada 1980an.Mirip pada kaedah Masanobu Fukuoka dalam bukunya The One Straw Revolution, juga kepada kaedah Natural Farming.

Baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms) telah di gunakan banyak negara pembangunan agro dan negara maju.Baja EM berwarna kuning coklat mempunyai rase masam dan penggunaannya jauh sekali seperti baja kimia yang lain.

berikut adalah salah satu penyediaan baja EM yang saya perolehi :

Bahan/ingredients

  • Memerlukan sebahagian daun atau daun hijau (vegetable) cth:Sawi dan sebagainya
  • Memerlukan pelbagai jenis buahan masak termasuk nenas dan labu besar(Fruit).
  • 1 KG gula Merah di bancuh dengan 1 liter air sebagai membasah dedaun dan buahan yang dicincang.
  • Sedikit Calcium Carbonate (Kapur) di bancuh dengan sedikit air
  • 1 Botol minuman Yakult

Cara memproses

  • Cincang semua buahan masak dan dedaun tadi dan masukan kedalam tong takung
  • Bancuh 1 kg gula merah dengan 1 liter air dan gaul dengan bahan yang dicincang
  • Gaulkan dengan sedikit kapur (calcium Carbonate)
  • Tuangkan 1 botol Yakult dan gaul
  • Tutup tong dan biar ia terperam selama 14 hari
  • Setelah 14 hari bahan tadi mereput boleh la menapisnya untuk mendapat air baja

Cara Pengunaan


Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 15-20 liter Air Sejuk(bergantung pada tumbesaran pokok dan bacaan EM);
dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak.

Monday, January 17, 2011

Projek tanaman semula

Terima kasih kepada semua pembaca yang telah berkongsi banyak pengalaman dan pengetahuan khususnya dalam bidang penanaman fertigasi ini.Banyak juga idea serta tunjuka ajar yang telah dipelajari sepanjang menceburi bidang ini, walaupun hanya sebagai hobi tetapi masih boleh menjana pendapatan sampingan dan duit kocek.Tak lama lagi projek tanaman semula cili fertigasi akan dilaksanakan,justeru itu pembaca boleh lah nanti melayari blog ini utuk mengikuti perkembangan serta berkongsi pengalaman dan ilmu khususnya dalam bidang fertigasi ini.

Semaian Cili 568

Dah 2 minggu saya menyemai anak benih cili 568 nampaknya tumbesarannya amat mengalakkan cuma tunggu kedaan yang sesuai untuk di pindah ke polibeg.Semua persediaan peralatan untuk tanaman semula cili fertigasi nie telah disediakan dengan pengubahsuaian beberapa perkara.Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu jadi pemindahan anak benih terpaksa di tangguhkan.

Sambil berjalan-jalan di persekitaran Felda Pemanis nie, ternampak la ada satu tapak tanaman secara fertigasi di Pejabat Felda nampaknya masih baru disemai tue.Mengikut bapa saya mungkin nak tanam Cili Fertigasi. Sebelum nie bapa saya penah bagi tahu yang ade anak peneroka tanam cili fertigasi kat felda nie.Cari punya cari akhir jumpa la pemilik Cili fertigasi tu.Dia ade berbuat kat ruangan chat tue.Nampak dari tanamannya memang menjadi cuma saya pun tengah menunggu update terkini blog beliau.Saya berasa bangga ramai kawan-kawan saya yang berjaya menjana pendapatan melalui tanaman fertigasi ini,kerana dengan usaha yang tekun dan gigih pulangan/pendapatan yang di perolehi boleh dianggap berbaloi.Insyaallah lain kali saya postkan gambar yang terbaru untuk tatapan rakan-rakan pembaca

Wednesday, January 12, 2011

Pendapatan Sampingan

Baru-baru ini saya ada melawat kebun tanaman Fertigasi milik sahabat saya untuk berkongsi pendapat dan ilmu yang terletak di Daerah Muar.Saya dapati hasil tanaman fertigasi beliau agak memberangsangkan serta beliau pernah menyertai beberapa expo untuk memperkenalkan tanaman fertigasi kepada pengunjung dan masyarakat. Tapak tanaman yang terletak di jalan Pagoh-Muar juga telah mengambil beberapa pendekatan dengan menanam Cili Bengala. Saya beliau berjaya dalam menghasilkan tanaman tersebut.

Justeru itu saya berpendapat bahawa Tanaman Fertigasi ini klu di praktikan dengan bersungguh dan mengikut kaedah yang betul mungkin ia akan menjadi salah satu sumber pendapatan yang lumayan.Saya melihat beliau tidak pernah putus asa dengan mengunakan beberapa kaedah sendiri utuk meningkatkan hasil tanamannya. Saya pernah bertanya dengannya pendapatan kasar yang di peroleh sekitar RM7000.00-RM10000.00 sebulan dengan projek tanaman seluas 1 ekar pada peringkat pemulaan.

Dengan menyediakan beberapa perkhidmatan termasuk mengisi medium tanaman serkam dan sabut kelapa ke dalam polibeg untuk kegunaan para pelanggannya menjadikan usahanya mendapatkan pendapatan sampingan berhasil.Saya juga menganggap beliau begitu komited dengan hasil usaha beliau kerana selain menanam tanaman fertigasi beliau juga mempunyai pendapatan lain dengan perkhidmatan Kanopi untuk majlis perkahwinan.

Tidak hairan la sekarang beliau telah memperluaskan perniagaan beliau dengan tambahan tanaman pokok bunga secara fertigasi bagi menarik ramai peminat fertigasi dari semua golongan lelaki dan perempuan.Saya pun selalu meninjau-ninjau tapak projek nye supaya saya boleh mendapat pandangan dan pendapat dari beliau.

Semaian Anak Benih

Pada siri-siri yang lepas saya telah menanam Cili Fertigasi ini dengan projek percubaan,melihat dari perkembangannya banyak pengalaman yang saya telah lalui dari A hingga Z, Walaupun hasilnya tidak memberangsangkan tapi cukup saya menimba ilmu dan pengalaman untuk di jadikan panduan bagi penanaman Cili Fertigasi untuk kali ini.Antara pengalaman yang saya telah tempuh :

  • SEMAIAN ANAK CILI

Pada mulanya saya menganggap semaian Cili begitu mudah dan tidak perlu mengambil berat tentang pertumbuhannya.Tapi anggapan itu meleset kerana masa semaian ini antara faktor penting untuk kita menghasilkan Cili secara Fertigasi ini mengeluarkan hasil yang memberangsangkan.Hampir 50% cili semaian saya tidak menjadi kerana beberapa faktor,disini saya ingin memberi beberapa tip mudah untuk semaian kepada anda yang ingin memulakan tanaman ini anataranya :-

  1. Pastikan benih Cili yang kita beli mempunyai JAMINAN pertumbesarannya (Jangan beli sepeket RM2.oo tue atau benih buat sendiri) kerana benih Cili yang diimport contoh Taiwan/Thailand dan sebagainya telah di analisis dan dari baka yang baik.
  2. Bijik benih tersebut perlu la menjalani beberapa proses sebelum di semai dengan merendamkan benih tersebut kedalam air suam selama 8 jam kemudian di toskan dan digaul dengan pencegah kulat baru leh di semai kedalam tray.
  3. Gunakan medium tanaman yang boleh didapati di kedai pertanian biasa RM30.00 import (peatmos)
  4. Isikan Peatmos kedalam try (Jgn sampai penuh sangat) kemudian mengunakan Spry air siram peatmos itu sehingga seakan-akan air ingin bertakung
  5. Kemudian ambil benih Cili letakan satu persatu di atas peatmos yang disiram tadi ( jgn tenggelamkan)
  6. Ambil beberapa genggam peatmos taburkan di atas benih tadi (agak2 macam dah tutup benih tadi ok la)
  7. Renjiskan air lagi sehingga seakan-akan air nak bertakung.
  8. Ambil Plastik Sampah Warna Hitam masukan try yang telah siap tadi ke dalamnya.
  9. Buat pengudaraan dalam plastik tersebut kemudian ikat
  10. Tunggu 1 minggu anda pasti dapat lihat anak benih bercambah.
  11. Bila dah bercambah anda boleh la keluarkan dan letakan di tempat yang sesuai, tidak terlalu panas/bukan tiada cahaya
  12. Semaian ini memerlukan air dan cahaya untuk tumbesaran, jadi pastikan ia di ambil kira.

Thursday, November 5, 2009

Tanaman selain fertigasi






Tanaman tersebut bukan la secara fertigasi yang memang dibekalkan kepada semua peneroka ka empat saya nie. Antaranya adalah bendir lepas hampir 1 blann dibekalkan baru la tumbuh si pokok bendir nie lepas nie tunggu buahnya jer.




Felda cuma bekalkan pokok kita kena jaga, baja dan siram tiap hari. Bila dan berbuah bendir nie datang la wakil koperasi felda ke setiap peneroka untuk pungut hasil mereka dan dijual kepada Fama. Disamping ingin ikut kempen "edibel Garden" peneroka boleh dapat pendapatan sampingan. Cuma saya ingin ukar la kaedah kat felda nie supaya buat sistem fertigasi lebih terjamin pokoknya. memang masih kurang peneroka yang menggunakan kaedah fertigasi kat tempat saya nie.. ingat klu lulus jer tapak 1/2 ekar saya untuk saya tanam cili padi johor secara fertigasi boleh la promote kat semua peneroka nie.. makan masa jugak la nak meyakinkann peneroka nie.




Sebelah nie cili yang saya guna baja buatan sendiri macam yang saya tgk org buat baja em ue guna gula merah dan bahan2 lain. nie saya asingkan dari sistem fertigasi saya. nie jirus secara manual, pokok usia 1 bulan.


Tgk acam ok jer.. tak der sakit tgk.. sbb mungkin ade halia dan bawang putih agaknya.






Friday, October 30, 2009

Hasil Buah Cili











Memang tiap-tiap 3 hari petik cili nie cuma baru kali dapat post tak banyak la tapi boleh la jual.sikit-sikit pon ok gak..






Oleh kerana saya duk kat felda maknanya saya jual kat kedai kawasan felda jer.. tapi lepas nie ade program setiap umah akan dibekal dengan benih sayuran termasuk bendir, lada dan sebagainya fama nak ambik untuk jualan.Projek tue diuruskan oleh bapa saya,so saya setiausahanya heehehehe...



Monday, October 26, 2009

Kaedah bagi menjalankan Cili Fertigasi

Penyediaan Benih Cili Fertigasi

Pada peringkat permulaan kami menggunakan cili F1 hybrid 469 seperti yang disaran dalanm kebanyak pengusaha cili fertigasi kerana penggunaan cili tersebut bagi yang baru menceburi bidang fertigasi dapat mengelakkan kerugian dari seranggan penyakit.




  • Kaedah merendam biji benih kedalam air suam selama 1 hingga 2 jam dapat mengaktifkan biji benih tersbut di samping bahan tambahan seperti tyram untuk memberi pokok yang baik.
  • Mengasing biji benih yang timbul dan tenggelam adalah bertujuan memilih biji benih yang terbaik
  • Biji Benih Cili yang terapung kurang aktif dan mungkin kurang baik berbanding yang tenggelam
  • Kaedah menyemai dalam besin plastik dan di letakkan kawasan yang redup yang mempunyai cahaya matahari 60% dapat meningkat pencambahan benih cili fertigasi tersebut
  • Pengunaan medium semaian juga faktor yang penting kerana setiap medium sama ada tanah serkam padi, sabut kelapa, atau peatmos mempunyai kadar asid dan nutrient berbeza yang diperlukan oleh tumbuhan
  • Baja tumbesaran perlu digunakan bagi menggalak pertumbuhan anak benih cili.
  • Dalam jangka masa lebih kurang 2 minggu anak boleh di pindahkan kedalam trey semaian atau biarkan dalam besin semaian sehingga berusia 1 bulan.
  • Anak benih Cili fertigasi yang berusia 1 bulan boleh la di pindahkan kedalam polibeg

Penyediaan struktur fertigasi


Pada peringkat permulaan kami menanam hanya 500 pokok cili fertigasi berkeluasan 1/4 ekar bagi tujuan percubaan

  • Ukuran setiap persegi tanah bagi memaksimumkan tanaman cili fertigasi adalah perlu untuk menjadikan tanaman nampak lebih baik.
  • Polibeg putih yang berukuran 16 x 16 digunakan
  • Medium campuran sabut dan serkam padi bernisbah 1:1 di gunakan
    Jarak antara setiap pokok adalah lebih kurang 2 kaki untu memaksimumkan pembesaran pokok.
  • Penyediaan tangki serta bangsal untuk enjin sedut air adalah perlu
  • Tekanan air juga perlu dikaji supaya air dan di salurkan dengan menyeluruh kerana water pump mempunyai kuasa yang berbeza dan perlu membuat kajian berkaitan dengan jarak paip dan jarak pokok.
  • Penggunaan silver shine adalah dapat mengelakan tumbuhan lain tumbuh di kawasan cili fertigasi tersebut.

Pemberian Baja serta Racun


Pemberian air dan baja yang mengikut jadual adalah perlu kerana cili begitu sensitif dengan kedaan air yang diperlukan. Serta serangan penyakit juga akan menimbulkan pelbagai kaedaan pokok.

  • Kami menggunakan baja cair yang telah dibancuh organik, kami mengunakan sukatan bagi mengukur nisbah air dan baja.
  • Bagi pokok cili dalam tempoh tumbesaran dan belum boleh mengeluarkan hasil hanya baja formula A disyorkan.
  • Setelah anak benih melalui peringkat tumbesaran pokok cili mungkin akan mengalami kerinting dan masalah daun. Bagi masalah tersebut kami terlebih dahulu menyembur racun serangga samaada trip,hamama dan sebagainya.
  • Setelah anak pokok cili besar dan menjangkau 1 bulan dan bercabang 2 masa itu pokok cili akan mengeluarkan bunga dan mata tunas perlu dibuang bagi membolehkan zat terus ke buah dan dan mengeluarkan daun baru.
  • Pada masa pokok mula berbuah campuran baja A dan B perlu di seimbangkan dengan tumbesaran pokok , 40% Formula A dan 60% Formula B.
  • Masalah yang memang kami hadapi semasa anak Pokok semakin besar adalah lalat buah dan gejala kerinting,Daun kerinting masih boleh kami atasi tetapi lalat buah menjadikan pengeluaran hasil rosak sehingga 90% dan pokok mula jadi kuning.Memang cabaran tersebut perlu di tempoh oleh semua pengusaha cili fertigasi.
  • Kami menggunakan racun yang paling kuat sekali efeknya serta menggunakn pelekat lalat sebagai langkah penyelesaian. Alhamdulillah dia berkesan terutama pelekat lalat yang kami bubuh dengan ikan masin dan belacan.
  • Dan sehingga sekarang kami telah menjual hasil tani kami.

Saturday, October 24, 2009

Cili berusia 3 Bulan
















Cili saya ini berusia lebih kurang 3 bulan. Memang pada mulanya bermasalah dengan jangkitan kulat,penyakit daun serta lalat buah yang merosakkan tanaman saya sehingga 80% hasil tanaman.Semua buahnya dibuang,berbagai-bagai kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah terutama lalat buah. Saya telah menggunakan racun lalat buah serta telah menggunakan pelekat lalat, Nampaknya semakin ok..
Setelah habis buah kena buang sebab rosak, saya mulakan dengan penjagaan yang baru.tue semua pokok baru nak tumbuh buah semula.tapi kali ini ia berbuah agak memberangsangkan. Sebelum ni pon saya dah pernah jual buah cili nie ader la dalam 60kg (sebelum kena seranggan lalat buah).

Monday, August 17, 2009

Cili F1 Hybrid 469


Cili usia 1 Bulan


Projek Percubaan



Projek di sebelah rumah menyahut kempen PM "Adibel Garden" di kawasan tanah felda





Saturday, May 23, 2009

Mulanya Tanaman Fertigasi

Setiap manusia dalam dunia ini menginginkan kehidupan selesa,duit yang banyak,rumah besar dan sebagainya.Mereka dan saya sendiri mempunyai cara buat duit tersendiri.Bagi saya pertanian menjanjikan pulangan yang boleh dianggap berbaloi.Pada mulanya saya banyak menhabiskan masa dengan membuat tinjauan di internet serta kawan-kawan yang rata-ratanya menganggap pertanian kurang memberi pulangan.Tetapi kerajaan telah mengambil beberapa iniseatif untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama negara,lebih-lebih lagi saya seorang anak peneroka.

Dengan bermodalkan RM5000.00 dapat la saya menyediakan segala yang di perlukan untuk tanaman percubaan saya nie.Anda boleh tengok barang-barang yang telah saya beli. semua dengan membeli sendiri di kedai yang berkaitan.Tanpa menghadiri kursus yang sepatutnya tetapi saya sedaya upaya ingin menjadikannya terbaik,Saya banyak mencontohi kawan-kawan yang telah berjaya dalam penanaman cili fertigasi.


Kebanyakan belia kita sekarang kurang menceburi industri pertanian kerana kebanyakkan teknologi yang digunakan sudah ketinggalan zaman.bagi saya nak seribu daya tak nak seribu dalih, yang lama dan yang moden perlu digabungkan untuk menjadikan ia lebih berjaya.Saya telah mepraktikan yang lama dan memulakan yang moden.







Saya ingin menanam sebanyak 1000 pokok cili F1 hybrid 469 yang telah sya beli dari salah sebuah kedai pertanian di Muar.Pada mulanya memang banyak dugaan menanam tanaman tersebut kerana sebarang kursus dan pengalaman sukar untuk melaksanakannya,tapi saya berusaha belajar dan banyak membaca menjadikan ia sebagai modal untuk saya terus mejalankan projek ini.







Cili Fertigasi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO