Showing posts with label Baja. Show all posts
Showing posts with label Baja. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Penyediaan Baja EM Cili Fertigasi

Pada kali ini saya ingin berkongsi berkaitan penyediaan baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms).Baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms) merupakan sebatian hasil dari penapaian dari mikrob berguna.Baja telah di asaskan oleh Dr Teruo Higa, Ryukyu Univ., Jepun pada 1980an.Mirip pada kaedah Masanobu Fukuoka dalam bukunya The One Straw Revolution, juga kepada kaedah Natural Farming.

Baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms) telah di gunakan banyak negara pembangunan agro dan negara maju.Baja EM berwarna kuning coklat mempunyai rase masam dan penggunaannya jauh sekali seperti baja kimia yang lain.

berikut adalah salah satu penyediaan baja EM yang saya perolehi :

Bahan/ingredients

  • Memerlukan sebahagian daun atau daun hijau (vegetable) cth:Sawi dan sebagainya
  • Memerlukan pelbagai jenis buahan masak termasuk nenas dan labu besar(Fruit).
  • 1 KG gula Merah di bancuh dengan 1 liter air sebagai membasah dedaun dan buahan yang dicincang.
  • Sedikit Calcium Carbonate (Kapur) di bancuh dengan sedikit air
  • 1 Botol minuman Yakult

Cara memproses

  • Cincang semua buahan masak dan dedaun tadi dan masukan kedalam tong takung
  • Bancuh 1 kg gula merah dengan 1 liter air dan gaul dengan bahan yang dicincang
  • Gaulkan dengan sedikit kapur (calcium Carbonate)
  • Tuangkan 1 botol Yakult dan gaul
  • Tutup tong dan biar ia terperam selama 14 hari
  • Setelah 14 hari bahan tadi mereput boleh la menapisnya untuk mendapat air baja

Cara Pengunaan


Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 15-20 liter Air Sejuk(bergantung pada tumbesaran pokok dan bacaan EM);
dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak.

Sunday, October 25, 2009

Baja,Racun dan Pelekat Lalat













Baja yang telah digunakan iaitu Formula A dan Formula B dalam bentuk cecair lagi organik. Formula A adalah untuk tumbesaran pokok dan Formula B bertujuan menambah baik hasil. Setelah kami gunakan baja tersebut dapat lihat perkembangannya mengeluarkan hasil yang baik berbanding pada awal kami menggunakan baja yang belum di bancuh dan berkimia.Baja nie kami beli di kedai yang berhampiran murah jer RM10.00 Sebotol.









Racun yang digunakan juga kami gunakan yang sesuai dengan keadaan kerosakan pokok dan boleh dikatakan berkesan sehingga 70% dan kami juga telah mengambil langkah untuk mengawal penyakit tersebut. Racun-Racun ini kami gunakan 2 minggu sekali dan kami juga menggunakan kaedah lain dan semula jadi untuk mengelakkan penyakit berlarutan contoh nya menggunakan pelekat lalat untuk memerangkap lalat buah,bukan setakat lalat buah segala jenis serangga perosak yang melekat kat pelekat tue.Pada yang sama kami buat kajian tentang keberkesanan baja EM yang dihasilkan oleh saya sendiri.Tapi masih dalam tempoh kajian.

Cili Fertigasi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO