Thursday, January 20, 2011

Penyediaan Baja EM Cili Fertigasi

Pada kali ini saya ingin berkongsi berkaitan penyediaan baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms).Baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms) merupakan sebatian hasil dari penapaian dari mikrob berguna.Baja telah di asaskan oleh Dr Teruo Higa, Ryukyu Univ., Jepun pada 1980an.Mirip pada kaedah Masanobu Fukuoka dalam bukunya The One Straw Revolution, juga kepada kaedah Natural Farming.

Baja EM (Effective and Beneficial Microorganisms) telah di gunakan banyak negara pembangunan agro dan negara maju.Baja EM berwarna kuning coklat mempunyai rase masam dan penggunaannya jauh sekali seperti baja kimia yang lain.

berikut adalah salah satu penyediaan baja EM yang saya perolehi :

Bahan/ingredients

  • Memerlukan sebahagian daun atau daun hijau (vegetable) cth:Sawi dan sebagainya
  • Memerlukan pelbagai jenis buahan masak termasuk nenas dan labu besar(Fruit).
  • 1 KG gula Merah di bancuh dengan 1 liter air sebagai membasah dedaun dan buahan yang dicincang.
  • Sedikit Calcium Carbonate (Kapur) di bancuh dengan sedikit air
  • 1 Botol minuman Yakult

Cara memproses

  • Cincang semua buahan masak dan dedaun tadi dan masukan kedalam tong takung
  • Bancuh 1 kg gula merah dengan 1 liter air dan gaul dengan bahan yang dicincang
  • Gaulkan dengan sedikit kapur (calcium Carbonate)
  • Tuangkan 1 botol Yakult dan gaul
  • Tutup tong dan biar ia terperam selama 14 hari
  • Setelah 14 hari bahan tadi mereput boleh la menapisnya untuk mendapat air baja

Cara Pengunaan


Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 15-20 liter Air Sejuk(bergantung pada tumbesaran pokok dan bacaan EM);
dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak.

Monday, January 17, 2011

Projek tanaman semula

Terima kasih kepada semua pembaca yang telah berkongsi banyak pengalaman dan pengetahuan khususnya dalam bidang penanaman fertigasi ini.Banyak juga idea serta tunjuka ajar yang telah dipelajari sepanjang menceburi bidang ini, walaupun hanya sebagai hobi tetapi masih boleh menjana pendapatan sampingan dan duit kocek.Tak lama lagi projek tanaman semula cili fertigasi akan dilaksanakan,justeru itu pembaca boleh lah nanti melayari blog ini utuk mengikuti perkembangan serta berkongsi pengalaman dan ilmu khususnya dalam bidang fertigasi ini.

Burung walet janji pendapatan lumayan

KUALA LUMPUR: Golongan Bumiputera kurang berminat dalam penternakan burung walet walaupun ia menjanjikan pendapatan lumayan berikutan sarangnya sentiasa mendapat permintaan tinggi. Ketua Eksekutif Global Excellent Marketing Sdn Bhd, Abdul Aziz Mohd Rejab, penasihat perusahaan itu berkata, pembabitan Bumiputera dalam sektor berkenaan kurang daripada 10 peratus dan selebihnya di dominasi kaum Cina.

“Mereka kurang pengetahuan mengenai industri ini dan manfaat jangka panjang kerana ia mampu menghasilkan pendapatan besar terutama selepas digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya.

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 131 Projek Permulaan (EPP) dalam ETP termasuk mengembangkan industri sarang burung walet bagi bidang pertanian yang bakal menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah RM4,541.2 juta dengan 20,800 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, melalui kursus dianjurkan syarikatnya sejak setahun lalu, beliau sudah mula melihat kecenderungan Bumiputera dalam bidang itu, malah ada perusahaan mereka sudah mula membuahkan hasil.

Berbanding sektor ternakan lain yang sentiasa mendapat suntikan teknologi terkini, penternakan burung walet tidak boleh dibuat secara moden kerana persekitaran untuk pembiakan burung itu mestilah di kawasan semula jadi yang mampu menarik haiwan itu membuat sarang.

Kos membina rumah burung walet membabitkan kawasan seluas 2,000 kaki persegi dan setinggi dua setengah tingkat boleh menelan belanja sehingga RM160,000. Beliau menasihatkan mereka yang baru berjinak-jinak dalam industri itu berkongsi membina rumah burung itu bagi mencari pengalaman, sebelum mengumpul modal dan membinanya sendiri.

Katanya, pada masa ini kebanyakan penternakan burung walet tertumpu di Semenanjung terutama di sekitar Manjung, Perak dengan anggaran 50,000 rumah burung berbanding hanya 7,000 rumah burung di Sabah dan Sarawak.

“Saya percaya dengan penekanan diberikan kerajaan, Malaysia mampu mencapai sasaran yang ditetapkan dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri terutama di kalangan Bumiputera,” katanya

Petikan akhbar Berita Harian 16/11/2010 www.bharian.com.my

Semaian Cili 568

Dah 2 minggu saya menyemai anak benih cili 568 nampaknya tumbesarannya amat mengalakkan cuma tunggu kedaan yang sesuai untuk di pindah ke polibeg.Semua persediaan peralatan untuk tanaman semula cili fertigasi nie telah disediakan dengan pengubahsuaian beberapa perkara.Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu jadi pemindahan anak benih terpaksa di tangguhkan.

Sambil berjalan-jalan di persekitaran Felda Pemanis nie, ternampak la ada satu tapak tanaman secara fertigasi di Pejabat Felda nampaknya masih baru disemai tue.Mengikut bapa saya mungkin nak tanam Cili Fertigasi. Sebelum nie bapa saya penah bagi tahu yang ade anak peneroka tanam cili fertigasi kat felda nie.Cari punya cari akhir jumpa la pemilik Cili fertigasi tu.Dia ade berbuat kat ruangan chat tue.Nampak dari tanamannya memang menjadi cuma saya pun tengah menunggu update terkini blog beliau.Saya berasa bangga ramai kawan-kawan saya yang berjaya menjana pendapatan melalui tanaman fertigasi ini,kerana dengan usaha yang tekun dan gigih pulangan/pendapatan yang di perolehi boleh dianggap berbaloi.Insyaallah lain kali saya postkan gambar yang terbaru untuk tatapan rakan-rakan pembaca

Wednesday, January 12, 2011

Pendapatan Sampingan

Baru-baru ini saya ada melawat kebun tanaman Fertigasi milik sahabat saya untuk berkongsi pendapat dan ilmu yang terletak di Daerah Muar.Saya dapati hasil tanaman fertigasi beliau agak memberangsangkan serta beliau pernah menyertai beberapa expo untuk memperkenalkan tanaman fertigasi kepada pengunjung dan masyarakat. Tapak tanaman yang terletak di jalan Pagoh-Muar juga telah mengambil beberapa pendekatan dengan menanam Cili Bengala. Saya beliau berjaya dalam menghasilkan tanaman tersebut.

Justeru itu saya berpendapat bahawa Tanaman Fertigasi ini klu di praktikan dengan bersungguh dan mengikut kaedah yang betul mungkin ia akan menjadi salah satu sumber pendapatan yang lumayan.Saya melihat beliau tidak pernah putus asa dengan mengunakan beberapa kaedah sendiri utuk meningkatkan hasil tanamannya. Saya pernah bertanya dengannya pendapatan kasar yang di peroleh sekitar RM7000.00-RM10000.00 sebulan dengan projek tanaman seluas 1 ekar pada peringkat pemulaan.

Dengan menyediakan beberapa perkhidmatan termasuk mengisi medium tanaman serkam dan sabut kelapa ke dalam polibeg untuk kegunaan para pelanggannya menjadikan usahanya mendapatkan pendapatan sampingan berhasil.Saya juga menganggap beliau begitu komited dengan hasil usaha beliau kerana selain menanam tanaman fertigasi beliau juga mempunyai pendapatan lain dengan perkhidmatan Kanopi untuk majlis perkahwinan.

Tidak hairan la sekarang beliau telah memperluaskan perniagaan beliau dengan tambahan tanaman pokok bunga secara fertigasi bagi menarik ramai peminat fertigasi dari semua golongan lelaki dan perempuan.Saya pun selalu meninjau-ninjau tapak projek nye supaya saya boleh mendapat pandangan dan pendapat dari beliau.

Semaian Anak Benih

Pada siri-siri yang lepas saya telah menanam Cili Fertigasi ini dengan projek percubaan,melihat dari perkembangannya banyak pengalaman yang saya telah lalui dari A hingga Z, Walaupun hasilnya tidak memberangsangkan tapi cukup saya menimba ilmu dan pengalaman untuk di jadikan panduan bagi penanaman Cili Fertigasi untuk kali ini.Antara pengalaman yang saya telah tempuh :

  • SEMAIAN ANAK CILI

Pada mulanya saya menganggap semaian Cili begitu mudah dan tidak perlu mengambil berat tentang pertumbuhannya.Tapi anggapan itu meleset kerana masa semaian ini antara faktor penting untuk kita menghasilkan Cili secara Fertigasi ini mengeluarkan hasil yang memberangsangkan.Hampir 50% cili semaian saya tidak menjadi kerana beberapa faktor,disini saya ingin memberi beberapa tip mudah untuk semaian kepada anda yang ingin memulakan tanaman ini anataranya :-

  1. Pastikan benih Cili yang kita beli mempunyai JAMINAN pertumbesarannya (Jangan beli sepeket RM2.oo tue atau benih buat sendiri) kerana benih Cili yang diimport contoh Taiwan/Thailand dan sebagainya telah di analisis dan dari baka yang baik.
  2. Bijik benih tersebut perlu la menjalani beberapa proses sebelum di semai dengan merendamkan benih tersebut kedalam air suam selama 8 jam kemudian di toskan dan digaul dengan pencegah kulat baru leh di semai kedalam tray.
  3. Gunakan medium tanaman yang boleh didapati di kedai pertanian biasa RM30.00 import (peatmos)
  4. Isikan Peatmos kedalam try (Jgn sampai penuh sangat) kemudian mengunakan Spry air siram peatmos itu sehingga seakan-akan air ingin bertakung
  5. Kemudian ambil benih Cili letakan satu persatu di atas peatmos yang disiram tadi ( jgn tenggelamkan)
  6. Ambil beberapa genggam peatmos taburkan di atas benih tadi (agak2 macam dah tutup benih tadi ok la)
  7. Renjiskan air lagi sehingga seakan-akan air nak bertakung.
  8. Ambil Plastik Sampah Warna Hitam masukan try yang telah siap tadi ke dalamnya.
  9. Buat pengudaraan dalam plastik tersebut kemudian ikat
  10. Tunggu 1 minggu anda pasti dapat lihat anak benih bercambah.
  11. Bila dah bercambah anda boleh la keluarkan dan letakan di tempat yang sesuai, tidak terlalu panas/bukan tiada cahaya
  12. Semaian ini memerlukan air dan cahaya untuk tumbesaran, jadi pastikan ia di ambil kira.

Cili Fertigasi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO