Friday, October 30, 2009
Monday, October 26, 2009
Kaedah bagi menjalankan Cili Fertigasi
Penyediaan Benih Cili Fertigasi
Pada peringkat permulaan kami menggunakan cili F1 hybrid 469 seperti yang disaran dalanm kebanyak pengusaha cili fertigasi kerana penggunaan cili tersebut bagi yang baru menceburi bidang fertigasi dapat mengelakkan kerugian dari seranggan penyakit.
- Kaedah merendam biji benih kedalam air suam selama 1 hingga 2 jam dapat mengaktifkan biji benih tersbut di samping bahan tambahan seperti tyram untuk memberi pokok yang baik.
- Mengasing biji benih yang timbul dan tenggelam adalah bertujuan memilih biji benih yang terbaik
- Biji Benih Cili yang terapung kurang aktif dan mungkin kurang baik berbanding yang tenggelam
- Kaedah menyemai dalam besin plastik dan di letakkan kawasan yang redup yang mempunyai cahaya matahari 60% dapat meningkat pencambahan benih cili fertigasi tersebut
- Pengunaan medium semaian juga faktor yang penting kerana setiap medium sama ada tanah serkam padi, sabut kelapa, atau peatmos mempunyai kadar asid dan nutrient berbeza yang diperlukan oleh tumbuhan
- Baja tumbesaran perlu digunakan bagi menggalak pertumbuhan anak benih cili.
- Dalam jangka masa lebih kurang 2 minggu anak boleh di pindahkan kedalam trey semaian atau biarkan dalam besin semaian sehingga berusia 1 bulan.
- Anak benih Cili fertigasi yang berusia 1 bulan boleh la di pindahkan kedalam polibeg
Penyediaan struktur fertigasi
Pada peringkat permulaan kami menanam hanya 500 pokok cili fertigasi berkeluasan 1/4 ekar bagi tujuan percubaan
- Ukuran setiap persegi tanah bagi memaksimumkan tanaman cili fertigasi adalah perlu untuk menjadikan tanaman nampak lebih baik.
- Polibeg putih yang berukuran 16 x 16 digunakan
- Medium campuran sabut dan serkam padi bernisbah 1:1 di gunakan
Jarak antara setiap pokok adalah lebih kurang 2 kaki untu memaksimumkan pembesaran pokok. - Penyediaan tangki serta bangsal untuk enjin sedut air adalah perlu
- Tekanan air juga perlu dikaji supaya air dan di salurkan dengan menyeluruh kerana water pump mempunyai kuasa yang berbeza dan perlu membuat kajian berkaitan dengan jarak paip dan jarak pokok.
- Penggunaan silver shine adalah dapat mengelakan tumbuhan lain tumbuh di kawasan cili fertigasi tersebut.
Pemberian Baja serta Racun
Pemberian air dan baja yang mengikut jadual adalah perlu kerana cili begitu sensitif dengan kedaan air yang diperlukan. Serta serangan penyakit juga akan menimbulkan pelbagai kaedaan pokok.
- Kami menggunakan baja cair yang telah dibancuh organik, kami mengunakan sukatan bagi mengukur nisbah air dan baja.
- Bagi pokok cili dalam tempoh tumbesaran dan belum boleh mengeluarkan hasil hanya baja formula A disyorkan.
- Setelah anak benih melalui peringkat tumbesaran pokok cili mungkin akan mengalami kerinting dan masalah daun. Bagi masalah tersebut kami terlebih dahulu menyembur racun serangga samaada trip,hamama dan sebagainya.
- Setelah anak pokok cili besar dan menjangkau 1 bulan dan bercabang 2 masa itu pokok cili akan mengeluarkan bunga dan mata tunas perlu dibuang bagi membolehkan zat terus ke buah dan dan mengeluarkan daun baru.
- Pada masa pokok mula berbuah campuran baja A dan B perlu di seimbangkan dengan tumbesaran pokok , 40% Formula A dan 60% Formula B.
- Masalah yang memang kami hadapi semasa anak Pokok semakin besar adalah lalat buah dan gejala kerinting,Daun kerinting masih boleh kami atasi tetapi lalat buah menjadikan pengeluaran hasil rosak sehingga 90% dan pokok mula jadi kuning.Memang cabaran tersebut perlu di tempoh oleh semua pengusaha cili fertigasi.
- Kami menggunakan racun yang paling kuat sekali efeknya serta menggunakn pelekat lalat sebagai langkah penyelesaian. Alhamdulillah dia berkesan terutama pelekat lalat yang kami bubuh dengan ikan masin dan belacan.
- Dan sehingga sekarang kami telah menjual hasil tani kami.
Sunday, October 25, 2009
Baja,Racun dan Pelekat Lalat
Baja yang telah digunakan iaitu Formula A dan Formula B dalam bentuk cecair lagi organik. Formula A adalah untuk tumbesaran pokok dan Formula B bertujuan menambah baik hasil. Setelah kami gunakan baja tersebut dapat lihat perkembangannya mengeluarkan hasil yang baik berbanding pada awal kami menggunakan baja yang belum di bancuh dan berkimia.Baja nie kami beli di kedai yang berhampiran murah jer RM10.00 Sebotol.
Racun yang digunakan juga kami gunakan yang sesuai dengan keadaan kerosakan pokok dan boleh dikatakan berkesan sehingga 70% dan kami juga telah mengambil langkah untuk mengawal penyakit tersebut. Racun-Racun ini kami gunakan 2 minggu sekali dan kami juga menggunakan kaedah lain dan semula jadi untuk mengelakkan penyakit berlarutan contoh nya menggunakan pelekat lalat untuk memerangkap lalat buah,bukan setakat lalat buah segala jenis serangga perosak yang melekat kat pelekat tue.Pada yang sama kami buat kajian tentang keberkesanan baja EM yang dihasilkan oleh saya sendiri.Tapi masih dalam tempoh kajian.
Saturday, October 24, 2009
Jutawan Fertigasi
Adakah anda percaya jutawan fertigasi?
Adakah anda percaya bahawa pertanian boleh menjadikan dia seorang yang berjaya dan mampu menjadi seorang jutawan. Ramai masyarakat kita mengambil jalan mudah dengan melaburkan duit mereka ke tempat yang belum tentu menjanjikan pulangannya. Pelaburan yang ditawarkan bukan sedikit punya sehingga Jutaan Ringgit. Tapi sekiranya perlaburan atau skim cepat kaya itu dijadikan modal untuk memulakan tanaman fertigasi,InsyaAllah anda telah memilih jalan yang terbaik.
Pendapatan Lumayan dengan Fertigasi..
Hanya dengan bermodalkan minimum RM3000.00 anda bakal menjana pendapatan sehingga RM1000.00 sebulan dengan jangka masa 7 bulan.Ini kerana hasil dari tanaman fertigasi amat memberangsangkan melalui teknologi terkini dan moden hasil tanaman seperti tidak dijangkakan.Pendapatan bulanan tersebut boleh dijadikan modal untuk projek tanaman seterusnya,Lagi pun tanaman fertigasi ini banyak kelebihannya.
Boleh kerja dirumah
Sistem fertigasi ini juga telah terbukti suri rumah juga dapat bekerja dirumah tanpa mengabaikan tugas harian sebagai suri rumah.Walau dibandar di kampung mereka menjayakan tanaman fertigasi ini dengan jayanya.Mereka dapat mengaut keuntungan sehingga RM5000.00 sebulan.Dengan kerja yang rajin dan bersungguh-sungguh insyaAllah ia akan berjaya.
FRUIT FLIES
FRUIT FLIES
by Michael F. Potter, Extension Entomologist
University of Kentucky College of Agriculture
http://www.ca.uky.edu/entomology/entfacts/ef621.asp
If you have been seeing small flies or gnats in your kitchen, they're probably fruit flies. Fruit flies can be a problem year round, but are especially common during late summer/fall because they are attracted to ripened or fermenting fruits and vegetables.
Tomatoes, melons, squash, grapes and other perishable items brought in from the garden are often the cause of an infestation developing indoors. Fruit flies are also attracted to rotting bananas, potatoes, onions and other unrefrigerated produce purchased at the grocery store. This fact sheet will explain how infestations originate and how they can be prevented in your home or place of business.
Biology and Behavior
Fruit flies are common in homes, restaurants, supermarkets and wherever else food is allowed to rot and ferment. Adults are about 1/8 inch long and usually have red eyes. The front portion of the body is tan and the rear portion is black. Fruit flies lay their eggs near the surface of fermenting foods or other moist, organic materials. Upon emerging, the tiny larvae continue to feed near the surface of the fermenting mass. This surface-feeding characteristic of the larvae is significant in that damaged or over-ripened portions of fruits and vegetables can be cut away without having to discard the remainder for fear of retaining any developing larvae. The reproductive potential of fruit flies is enormous; given the opportunity, they will lay about 500 eggs. The entire lifecycle from egg to adult can be completed in about a week.
Fruit flies are especially attracted to ripened fruits and vegetables in the kitchen. But they also will breed in drains, garbage disposals, empty bottles and cans, trash containers, mops and cleaning rags. All that is needed for development is a moist film of fermenting material. Infestations can originate from over-ripened fruits or vegetables that were previously infested and brought into the home. The adults can also fly in from outside through inadequately screened windows and doors.
Fruit flies are primarily nuisance pests. However, they also have the potential to contaminate food with bacteria and other disease-producing organisms.
Prevention
The best way to avoid problems with fruit flies is to eliminate sources of attraction. Produce which has ripened should be eaten, discarded or refrigerated. Cracked or damaged portions of fruits and vegetables should be cut away and discarded in the event that eggs or larvae are present in the wounded area. A single rotting potato or onion forgotten at the back of a closet, or fruit juice spillage under a refrigerator can breed thousands of fruit flies. So can a recycling bin stored in the basement which is never emptied or cleaned.
People who can their own fruits and vegetables, or make wine, cider or beer should ensure that the containers are well sealed; otherwise, fruit flies will lay their eggs under the lid and the tiny larvae will enter the container upon hatching. Windows and doors should be equipped with tight-fitting (16 mesh) screens to help prevent adult fruit flies from entering from outdoors.
Eradication
Once a structure is infested with fruit flies, all potential breeding areas must be located and eliminated. Unless the breeding sites are removed or cleaned, the problem will continue no matter how often insecticides are applied to control the adults. Finding the source(s) of attraction and breeding can be very challenging and often will require much thought and persistence. Potential breeding sites which are inaccessible (e.g., garbage disposals and drains) can be inspected by taping a clear plastic food storage bag over the opening overnight. If flies are breeding in these areas, the adults will emerge and be caught in the bag.
After the source of attraction and breeding is eliminated, a pyrethrum-based, aerosol insecticide may be used to kill any remaining adult flies in the area.
A better approach, however, is to construct a trap by placing a paper funnel (rolled from a sheet of notebook paper) into a jar which is then baited with a few ounces of cider vinegar. Place the jar trap(s) wherever fruit flies are seen. This simple but effective trap will soon catch any remaining adult flies which can then be killed or released outdoors.
Projek tani ubah nasib penduduk miskin Kampung Pela
Projek tani ubah nasib penduduk miskin Kampung Pela
Berita Harian
KUALA BERANG: Pernahkah kita terfikir buah-buahan yang kita makan atau yang dihidangkan dalam penerbangan adalah daripada hasil tanaman menggunakan teknik fertigasi yang diusahakan sekumpulan penduduk termiskin Kampung Pela di Hulu Terengganu.
Jika sebelum ini kumpulan terdiri daripada 15 peserta itu hanya memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan melalui hasil kerja kampung, mereka kini mampu meraih pendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan, setelah mengusahakan tanaman kaedah fertigasi.
Lebih membanggakan, mereka kini mampu menubuhkan syarikat mereka sendiri, Pela Agrotek Management and Services bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan 15 unit tapak yang dibangunkan di kawasan seluas empat hektar di kampung berkenaan.
Setiap unit tapak terdiri daripada 2,000 polibeg yang ditanam khusus dengan tanaman rock melon berikutan harga pasarannya yang menggalakkan.
Pengerusi Projek Fertigasi Mega Kampung Pela, Wahab Uyob, 57, berkata projek yang bermula 2006 itu kini menjadi sumber pendapatan tambahan yang agak lumayan kepada peserta, berbanding kerja sebagai petani atau mengambil upah menanam kelapa sawit.
“Sejak bergiat secara serius dalam bidang ini, kesemua peserta kini sudah mampu memperoleh pendapatan lebih baik.
“Pada peringkat awal, kami tidak biasa dan sukar menerima kaedah pertanian moden, tetapi berkat bimbingan Jabatan Pertanian negeri dan lain-lain agensi, kami mulai menerima kaedah ini yang sebenarnya jauh lebih mudah dan menguntungkan,” katanya.
Pengurus Pela Agrotek, Bazli Ibrahim, 45, yang diamanahkan mengurus dan mentadbir perjalanan dan hal berkaitan pengurusan projek yang dilaksanakan kumpulan berkenaan, berkata Fertigasi Mega Kampung Pela mampu menjadi contoh kepada penduduk miskin yang ingin mengubah kehidupan mereka dengan bergiat secara serius dalam bidang pertanian.
“Dengan bimbingan dan kemahuan termasuk bersedia menerima perubahan dan kemajuan pertanian serta bersedia mengubah pemikiran, mereka sebenarnya boleh berjaya kerana kerajaan menyedia cukup banyak kemudahan untuk memajukan kehidupan mereka.
“Kesungguhan peserta di kampung ini bagi saya adalah contoh terbaik kerana berkat kerja keras dan usaha gigih, mereka mampu menubuhkan syarikat sendiri bagi memudahkan urusan berkaitan pengurusan termasuk menguruskan hal berkaitan kewangan membabitkan ejen pemasaran, iaitu TADC (Terengganu Agrotech Development Corporation),” katanya.
Bazli berkata, kumpulan itu juga berjaya mendapatkan pinjaman modal sebanyak RM120,000 daripada Agro Bank dengan mudah bagi mengembangkan pertanian yang mereka usahakan.
Katanya, peserta kini boleh berbangga kerana beberapa pasar raya besar serta syarikat penerbangan, AirAsia dan Malaysia Airport Bhd turut membeli hasil pertanian mereka.
Sementara itu, Pengurus Besar TADC, Rosli Harun, berkata pihaknya menjadi ejen pemasaran bagi memastikan hasil melalui program fertigasi itu dapat memberi manfaat kepada peserta.
Katanya, projek tanaman fertigasi mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan di Terengganu kerana TADC membantu secara terus urusan pemasaran yang dapat mengelak lambakan pasaran akibat pemasaran tidak cekap.
“Kaedah pertanian digunakan pula berteknologi tinggi atau lebih dikenali sebagai kaedah pertanian jitu yang membolehkan petani mensasarkan jumlah perolehan pendapatan mereka, mengawal kualiti buah serta menentukan saiz buah kerana ia boleh dikawal melalui kaedah tanaman dan pembajaan bersistem.
“Pada mulanya kaedah ini sukar diketengahkan kerana kebanyakan mereka sukar menerima kaedah pertanian baru kerana sudah biasa dengan pertanian lama yang dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata menjelang Jun depan, seramai 138 peserta yang terbabit di projek fertigasi di Terengganu dijangka mengeluarkan hasil berjumlah 253 tan dan akan dipasarkan di pasar raya besar seluruh negara
Peladang mampu raih pendapatan lumayan
Peladang mampu raih pendapatan lumayan
Berita Harian, 9 Apr 2003
PELADANG mengusahakan tanaman berasaskan Amalan Pertanian Baik (GAP) yang sekali gus melayakkan mereka memperoleh Sijil Akreditasi Ladang Malaysia (SALM), mampu memperoleh pendapatan bulanan lumayan.
Harrani Dayat, 32, yang mengusahakan sayuran-sayuran bernilai tinggi seperti tomato, terung dan cili di ladangnya di Kota Tinggi dan Batu Pahat, mengakui amalan pertanian baik turut meningkatkan produktiviti sekali gus mampu memberi pulangan lumayan.
Beliau yang sudah menceburi bidang pertanian sejak sembilan tahun lalu, kini mengusahakan sayur-sayuran mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan itu di ladang seluas dua hektar di Kota Tinggi dan 0.8 hektar di Batu Pahat.
Bekas kakitangan kerajaan itu baru saja menerima sijil SALM daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Othman Jais, yang mewakili Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi pada majlis di Hotel The Puteri Pan Pacific, Johor Bahru, 3 April lalu.
Ketika ditemui, Haryani berkata, pengiktirafan SALM penting sebagai jaminan kepada pengguna mengenai kualiti hasil pertanian yang dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa.
"Sijil ini juga membolehkan peladang berusaha meningkatkan kaedah pertanian ke arah penggunaan teknologi moden serta memaksimumkan penggunaan tanah.
"Sebagai pulangan, hasil pertanian dapat dijual dengan harga lebih baik kerana kualitinya yang tinggi. Pengguna tetap memilih hasil pertanian terbaik untuk dimakan tanpa mengambil kira harganya," katanya.
Harrani mampu menanam 10,000 pokok tomato dalam satu hektar tanah dengan setiap pokok boleh mengeluarkan hasil empat hingga lapan kilogram.
Bagi terung pula, beliau dapat menanam 3,500 pokok dalam satu hektar tanah dengan setiap pokok mengeluarkan hasil sebanyak lapan kilogram manakala 7,000 pokok cili ditanam dalam satu hektar yang boleh mengeluarkan tiga hingga empat kilogram hasil setiap pokok.
"Walaupun kita perlu mengeluarkan modal agak besar kerana perlu mengimport benih dari luar negara dan membeli peralatan pertanian moden, hasil dikeluarkan berkualiti tinggi dan memudahkan kita memasarkannya," katanya.
Harrani berkata, beliau turut melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap penggunaan baja dan sistem pertanian untuk menghasilkan produk bermutu tinggi, selamat dan sesuai dimakan.
Beliau yang menggunakan kaedah sistem pertanian fertigasi iaitu satu sistem nutrien (NPK dan nutrien mikro) bagi pertumbuhan tanaman dilarutkan di dalam air dan dibekalkan kepada tanaman melalui sistem pengairan titis.
Katanya, menerusi teknologi fertigasi, petani boleh mengawal dan membekalkan air serta nutrien yang cukup dan seimbang mengikut fasa pertumbuhan pokok.
“Kaedah itu juga membolehkan tanaman membesar dengan sihat dan subur serta berupaya mengeluarkan hasil maksimum dan bermutu tinggi,” katanya.
Harrani turut merancang menanam sayuran bernilai tinggi seperti capsicum, timun Jepun dan terung Holland kerana permintaan sayuran itu di pasaran tempatan adalah baik.
Cili berusia 3 Bulan
Cili saya ini berusia lebih kurang 3 bulan. Memang pada mulanya bermasalah dengan jangkitan kulat,penyakit daun serta lalat buah yang merosakkan tanaman saya sehingga 80% hasil tanaman.Semua buahnya dibuang,berbagai-bagai kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah terutama lalat buah. Saya telah menggunakan racun lalat buah serta telah menggunakan pelekat lalat, Nampaknya semakin ok..