Tuesday, June 2, 2009

Alatan Penanaman Cili Fertigasi

Setiap barangan yang di beli saya hanya belajar dari internet serta beberapa buku yang saya cuba tafsirkan dalam bentuk praktikal.Pada mulanya memag susah untu mendapat pengiraan atau bajet untuk menjalankan projek ini tetapi setelah 2 bulan membuat tinjauan dan membaca baru la dapat menghasilkan fertigasi nie.






JENIS POKOK CILI

MC 11
-Tinggi pokok 80-110 cm,
-panjang buah 8-10 cm, 7-10g/biji

MC 12
-Tinggi pokok 60-80 cm,
-panjang buah 10-13 cm, 12 - 14 g/biji,

hybrid F1 469
-180 biji sepokok
-ketinggian pokok 35 cm

hybrid 833
-ketinggian pokok 2- 6 kaki
-55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok

s469
- amat pedas, bukan plastik, besar mencecah 20cm.
-amat besar, maka ia kurang sesuai untuk tanaman secara komersial
- kurang digemari pengguna.
-1gm (140-150biji)

568
- kurang pedas, bukan plastik, rupa dan saiz = Kulai.
Kulai tempatan
-amat sesuai untuk tanaman secara komersial
-lebih pedas dan mudah dihancurkan tidak liat mudah dibuat sos

hybrid 568
-Buah pertama 40-90 biji (40-45 biji/kg)
-setiap pkk leh menghasilkan 2-2.5 kg.
-Tinggi pkk 4 kaki
-buah kurang pedas
-sambil berbuah sambil berpucuk @ berbunga..
-Pasaran tiada masalah langsung.

Perbandingan Kulai Tempatan, Kulai 568, F1 469
- Kulai Tempatan pokoknya terlalu besar, 568 kecik, 469 sangat kecik
- Kulai Tempatan bunga sangat mudah gugur, 568 gugur sikit, 469 sangat sukar gugur
- Kulai Tempatan buahnya ringan, 568 dan 469 lebih berat 1.5 kali ganda kerana lebih besar dan lebih tebal
- Kulai Tempatan sangat amat pedas, 568 tak pedas, 469 pedas.
- Kulai Tempatan pemborong terima, 568 sangat diterima, 469 sukar diterima (bergantung kepada tempat)
- Kulai Tempatan ada 60 biji pada bulan pertama, 568 80-120 biji, 469 80 biji.
- Kulai Tempatan sangat mudah kena kerinting, 568 mudah, 469 sukar sikit, kalau kena pun kerinting peringkat pertama sahaja.
- Kulai Tempatan langsung tak ada lalat buah kerana amat pedas, 568 dan 469 ada sedikit bergantung kepada tempat.
* Oleh kerana Kulai Tempatan sangat besar maka ia tak dapat ditanam rapat-rapat maka hasil kurang, di samping itu air dan racun harus banyak sebab pokok besar, pancang pun kena kuat.
* 469 amat sesuai bagi ‘penanam baru nak belajar’/'penanam amatur’
kerana ia amat mudah berbuah lebat dan besar (pada bulan pertama), bagaimanapun buahnya amat sukar diterima pasaran (bergantung kepada tempat) dan harganya juga lebih murah.
* 568 sederhana mudah untuk dijaga, pokok yang kecil tapi buah yang lebat dan berat
memungkinkan hasil yang tinggi di samping ia amat mudah diterima pasaran walaupun tak pedas.

Seja o primeiro a comentar

Cili Fertigasi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO